Sunday, September 25, 2011

Review drama korea terbaru yang memang best selepas cerita meletop Secret Garden.


Wah best sangat ke cerita yang bakal aku nak kecohkan nie. Erm pada pandangan aku la kan jalan cerita dia memang best & berjaya menarik perhatian aku untuk terus & meneruskan menonton cerita pada episode akan datang. X percaya sudah tapi kalau x percaya cube tanya akak aku. Dialah perkenalkan cerita nie dekat aku & mule-mule aku memang aku tak berapa minat nak tengok. Cume amik je cite nie & rasa kalau ade masa nak tengok baru lah mengadap cite nie. Tapi sebab aku dah bosan time tu & tak tau nak buat apa lagi selain main game & game lagi..  Last2 terbukak jugak pintu hati saya untuk tengok drama nie ( cewah ayat nak poyo je  -_-“).

Kalau korang nak tau aku memang taksub kot tengok cite nie sampai akak aku kata “Dah lama den tak tengok ko mengadap cite korea macam nie angah, beriya-iya bebonar tengok”.

Fine-fine memang aku taksub nak tengok cite nie dari satu episod ke satu episod. Sampai sekarang pun cite nie belum habis tayang lagi dekat korea & kalau tak silap sekarang nie pun dah tayang dekat Malaysia. So akak aku yang memerangkap si pen-download drama nie pun kata “sekarang nie susah la nak download cite nie sebab dah ramai tau cite nie leceh betul la, kalau dulu senag sikit nak download”. Tak pe yang penting janji aku dapat tengok sebab aku nie memang malas sikit nak download cerita korea sebab banyak berepisod & lama pulak nak tunggu kan? So aku tau tengok je.

Eh-eh dah masuk perenggan ke-3 aku membebel tapi cite apa yang aku duk kepohkan pun tak tau lagi kan. Keh3..  Dasar budak kepoh macam joyah sampai tak sedah diri betol. Salah satu cite korea terbaru yang berjaya menduduki carta drama korea sekarang adalah....



Jeng



Jeng



Jeng




...............



.................






Tak lain tak bukan cerita .....?





Protect The Boss


What..?


La... tak paham lagi ke


Cerita “Protect The Boss... “




Yes jalan cerita dia memang menarik walaupun menggunakan pelakon yang sedikit berusia sebagai pelakon utama. Yang penting heroin die mak beranak 2 kau tau. Aku memang jamin la kalau korang peminat cerita korea mesti akan tertunggu-tunggu episod terbaru drama nie lepas tengok cerita Protect The Boss nie.  =D
Cerita nie megisahkan pasal kehidupan seorang gadis berusaha untuk memperbaiki kehidupan yang sedia ada. Namun cabaran dalam dunia pekerjaan sekarang yang memilih pekerja yang berkelulusan setaraf  sahaja diterima berkerja. Pada suatu sesi temu duga gadis berkenaan telah meluahkan isi hatinya yang sentiasa tidak dipilih sebagai pekerja disebabkan sikap segelintir majikan yang memandang rendah terhadap pencapaian akedemik seseorang. Selepas peristiwa tersebut dia telah diterima berkerja di syarikat terbabit maka bermulalah kehidupannya sebagai setiausaha yang perlu sentiasa mengurus kehidupan harian bosnya dengan baik supaya dia tidak dipandang rendah oleh pekerja lain & dia juga mampu bekerja sebaik pekerja yang mempunyai kelulusan. Pada mulanya mereka sering bertengkar & tiada persafahaman. Disebabkan perkara tersebutlah maka dari saat itulah percintaan mereka bermula.


Ceway giler la nie macam dah separuh jalan citer dia semua aku duk habak kat hampa semua. 
Kantoi sudah...!  (-_-“)   Dah-dah tak mau cite lebih-lebih nanti tak best lagi dah.

Rasanya aku nie taklah berapa kedekut bab ilmu nie kan so dengan rasa baik hatinya aku nak kongsi link untuk muat turun cerita nie.  Siapa-siapa rasa dia nie si penDownload cerita yang setia lagi tegar menonton drama-drama korea dipersilakan lah pergi ke link nie  Protect The Boss Download. Ha apa tunggu lagi cepat-cepat lah download yer. Time kaseh.

  So apa lagi yang korang tunggu semua pergilah tengok cerita drama korea terbaru nie Protect The Boss di kaca tv anda atau di kaca screen laptop anda. Renung-renungkan & selamat menonton (>_<)




Ok aku sertakan sekali ost drama nie dari group A Pink - Please let us love
Apa tunggu lagi..? 
Jom layan..




Pst : Dah lama tak on9 sebab modem buat hal pulak. Baru semalam orang TM nie datang betulkan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Iklan